Monday 25 November 2013

Busy Sangat Ke ?

busy sangat ke zhira sampaikan meninggalkan dunia blog untuk sekian lamanya ? so sadd . ya , memang zhira sibuk . zhira tolong aunt zhira dengan kerja dia . sebab aunt zhira ni sentiasa busy orangnya . so zhira la yang selalu tolong dia .

and now , zhira dah masuk semula ke alam universiti . cuti semester dah tamat . time to focus on the last semester . prepare awal sebab zhira tak nak ada paper yang sangkut lagi . this is my last semester and i want to grad on time . 

sampai UiTM je zhira terus cari bff and adik angkat zhira . rindunya kat diaorang hanya Allah yang tahu . tapi ade benda yang buat zhira sedih . zhira dah mula rindukan adik zhira kat rumah . sebelum kitaorang tidur , mesti ada gurauan sampai tak boleh nak tidur . zhira rindukan semua tu . tak apa adik , nanti akak balik kita bergurau lagi . 

hmm , okay la zhira nak tidur . rasanya air mata ni nak menitis lagi :'( nanti kalau ada masa zhira update apa yang zhira alami this sem . sayonara :)

Tuesday 29 October 2013

Result Zhira ?


lagi dua hari je lagi result final exam zhira nak keluar . 1 november 2013 , ya Allah , takutnya nak berdepan dengan result tu nanti . 

bff zhira pun sama . dia cakap dia takut nak tengok result 1 november nanti . yelah , mana tak takut . time nak final exam tu , boleh pulak kitaorang main game , tengok movie . study pun kadang-kadang je . tulahh , main-main lagi . huhu .

tapi apa pun , kitaorang redha je lah dengan apa result tu nanti . yelah , berani buat berani tanggung . zhira cuma harap janganlah ada paper yang fail . semester depan dah lah last semester zhira and zhira tak nak extend . zhira nak grad on time . 

harap-harap result zhira nanti boleh buat zhira tersenyum walaupun tak dapat DL (dean list) . kalau lulus semua pun tak apalah asalkan tak de repeat paper . 

ya Allah , permudahkanlah urusanku nanti . janganlah ada yang mengecewakan aku . aamiin . zhira harap semuanya akan okay . hehe .

okaylah , zhira nak call bff zhira . rindu dia . sayonara :)

Thursday 24 October 2013

Kawan atau Kekasih ?

kawan ? rasa-rasanya masing-masing ada kawan kan ? sama ada kawan baik , kawan biasa , kawan sekerja , kawan sekolah bahkan kawan kolej . kawan ni tempat kita berkongsi cerita , berkongsi susah dan senang , tempat kita bergurau . kawan ni penting bagi seseorang . 

kekasih pulak ? hmm , kekasih ni orang yang special dalam hidup kita . yes , zhira sendiri dah ada kekasih hati zhira . hehe . tapi rasanya ramai umat sekarang ni dah ada yang punya . kekasih merupakan tempat kita berkasih , bermanja , bersama dan ingin meneruskan hidup dengan dia . 

tapi pernah tak korang terfikir , kawan baik korang luahkan perasaan kat korang and say "I Love You" kat korang ? apa perasaan masa tu ea ? terima atau tolak ?

zhira pernah rasa sendiri macam mana nak tolak orang yang dah terlampau rapat dengan kita . zhira ada seorang kawan yang sangat-sangat rapat . tak boleh cakap la rapat tu macam mana . dia dah pernah couple and zhira pon sama . tiba satu masa tu , dia clash dengan gf dia . alasan dia , dia tak boleh nak sayang ex-gf dia tu . time ni jugak la hubungan zhira dengan bf zhira tengah goyah . tapi bukan sebab kawan baik zhira ni . 

nak dipendekkan cerita , zhira pun clash dengan bf zhira . belum sempat zhira rehatkan diri daripada kisah cinta ni , tiba-tiba dia masuk jarum . aikk ? cepatnya dia lupakan ex-gf dia tu . and for your information , dia clash sebab dia sayang kat zhira . and zhira lah punca dia clash . kenapa mesti zhira ? :(

tapi , lepas zhira fikir masak-masak , zhira tolak dia . zhira cuma cakap kat dia ,
"awak , kita dah lama dah berkawan . hampi 15 tahun . takkan lah awak nak sia-siakan persahabatan kita hanya sebab nak couple . saya takut bila kita clash nanti , kita akan benci satu sama lain . saya tak nak ."
baru dia faham kenapa zhira tolak dia . and time tu jugak la zhira nangis . zhira sayangkan dia , tapi hanya sebagai kawan baik zhira . tak lebih dari tu . dan sekarang hubungan kitaorang sentiasa gembira dan zhira selesa hanya berkawan dengan dia . alhamdulillah , dia boleh terima zhira sebagai kawan baik dia . 


so sekarang ni zhira nak call dia kejap . haisshh , tiba-tiba rindu pulak kat dia . haha . nak kacau dia sebelum dia tidur . zhira harap persahabatan zhira dengan kawan baik zhira kekal sampai bila-bila . aamiin . 

so sampai sini dulu lah zhira merepek meraban . nanti ada masa zhira merepek lagi . haha . sayonara :)

*ini untuk awak capital i

Wednesday 23 October 2013

Demam ?

hmm . memang musim demam ke sekarang ni ? zhira sendiri demam , sampaikan famili zhira dan juga kawan-kawan zhira pun ada yang demam :(


demam ? apa itu DEMAM ?

DEMAM yang juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5-37.5°C (98-100°F) yang disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . ketika suhu badan meningkat , terdapat rasa sejuk sungguhpun suhu badan meningkat . sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai , terdapat rasa panas . demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bakteria atau virus . 
*sumber: Wikipedia

tak selesa rasa badan ni bila demam . nak makan pun tak ada selera . ubat pula kena sentiasa ada di sisi dan kena makan . alahaii , tak suka makan ubat . ubat tak sedap . hahaha . dah hampir satu minggu jugak la zhira demam . lepas ayah zhira tengok zhira tak baik demam lagi , terus dipaksa makan ubat . sayang ayah punya pasal la zhira makan ubat . hehehe . sayang ayah . 

bila dah demam ni , nak buat apa pun rasa malas je . rasa macam nak tidur memanjang . tapi kalau tidur je , peluh tak keluar pulak . nak tak nak , kena gagahkan diri jugak buat apa-apa kerja biar peluh keluar . hahaha . 

apa pun , zhira harap demam zhira dan famili zhira cepat hilang . aamiin . okay lah , zhira nak sambung rehat . sayonara :)

Friday 18 October 2013

Bosan

hmm . alahai . bosannya lah cuti semester ni . tak tahu nak buat apa . nak cari kerja , memang malas . dah lah cuti 1 bulan lebih je . memang tak lah kalau nak dapat kerja . layan tv , Facebook , blog je lah . dah tak tau nak buat apa . haha .

time bosan-bosan macam ni lah , rindu pulak kat bff and adik angkat zhira kat UiTM tu . rindu sangat kat diaorang berdua . teringat perangai kitaorang masa nak final exam . time tu lah zhira start rapat dengan roommate bff a.k.a adik angkat zhira . tidur lambat sama-sama , gaduh sama-sama , main game sama-sama and itu pun game yang sama , tidur sama-sama , study sama-sama , makan sama-sama . apa yang kitaorang buat semua sama-sama . ya Allah , rindunya kat diaorang . hmmm :(

rasa macam nak balik semula kat UiTM je . hati zhira ni rindu kat diaorang . bila lah cuti ni nak habis . nak lepak dengan diaorang sama-sama lagi . gelak kuat-kuat dalam bilik . tengok movie kat laptop sama-sama especially kat laptop zhira . rindunya lah masa tu . kenangan yang paling menyeronokkan . and i need them now :(

tak apa . kita balik UiTM nanti kita lepak sama-sama lagi . kalau ada masa kita pergi holiday sama-sama okay . hehe . boleh kita luangkan masa sama-sama lagi . tak sabar nak tunggu masa tu . 

sampaikan ada satu hari tu , bff zhira nak kitaorang menyamar jadi student degree semata-mata nak lepak sama-sama . kerja gila betullah bff zhira ni . haha . tapi tak apa sayang , tunggu semester depan ea . kita jumpa , kita lepak , kita karaoke sama-sama . macam yang biasa kita buat semester lepas . kalau ada rezeki lebih semester depan , kita pergilah holiday sama-sama . lepas ni entah bila dapat jumpa lagi kan . *kesat air mata

sebelum rumah zhira banjir dengan air mata zhira ni , zhira tutup cerita dululah . zhira nak call bff zhira dulu . hehe . rindu dia . see you next time :)

Tuesday 15 October 2013

Melayu Johor

kali ni zhira cuma nak cerita pasal negeri kelahiran zhira , JOHOR . banyak sebenanrnya keistimewaan negeri Johor ni sampaikan seorang Sasterawan Negara Malaysia, ALLAYARHAM USMAN AWANG menghasilkan karya yang bertajuk MELAYU JOHOR untuk masyarakat Johor khususnya . betapa bangga zhira duduk di negeri Johor ni . hehe .

sebelum zhira "perkenalkan" sajak Melayu Johor ni , zhira nak kenalkan dulu siapa penulis sajak ni . 

Allahyarham Usman Awang

nama sebenar beliau ialah Wan Osman Wan Awang tetapi beliau telah menukar namanya kepada Usman Awang . beliau telah dilahirkan di Kuala Sedili , Kota Tinggi , Johor pada 12 Julai 1929 . beliau terkenal dengan nama penanya , Tongkat Warrant . pada tahun 1991 , beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Sultan Perak yang membawa gelaran Dato' . pada 29 November 2001 , pada bulan Ramadhan , beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung pada usia 72 tahun . 

salah satu puisi terkenal beliau adalah MELAYU JOHOR yang diperkenalkan pada tahun 1988 . puisi ini serba-serbi menceritakan perihal orang Johor .

Melayu Johor ,
Telah terlalu banyak kita kehilangan ,
Sawah ladang bertukar tangan ,
Pekan dan bandar kita menumpang ,
Teluk Belanga entah ke mana ,
Yang tinggal hanyalah pakaian ,
Sedarah sedaging hampir hilang ,
Yang ada hanyalah setulang ,
Selat Tebrau kian sempit ,
Hati rindu jauh tergamit .

Di Johor ,
Jawa itu Melayu ,
Bugis itu Melayu ,
Banjar itu Melayu ,
Minangkabau memang Melayu ,
Aceh dan Siak adalah Melayu ,
Jakun dan Sakai lebih Melayu ,
Arab dan Turki pekat Melayu ,
Mamak dan Malbari jadi Melayu ,
Malah mualaf bertakrif Melayu .

Melayu itu maknanya bijaksana ,
Jika menipu pun bersopan ,
Kurang ajarnya tetap santun ,
Dajalnya cukup selamba ,
Budi bahasa jangan dikira ,
Beraninya cukup benar ,
Tunduk bila bersalah ,
Lembutnya cukup jantan ,
Setia sampai ke kubur ,
Biar mati adat jangan mati sahabat .

Anak Johor ,
Luka di Tanjung Puteri ,
Parutnya di Parit Raja ,
Muka biar berseri ,
Mulut biar berbahasa .
Berkelahilah cara Melayu ,
Menikam dengan pantun ,
Menyanggah dalam senyum ,
Marahnya dalam tertawa ,
Merendah bukan menyembah ,
Meninggi bukan melonjak .

Watak Melayu menolak permusuhan ,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan ,
Kasih sayang kekeluargaan ,
Ringan tulang saling bertolongan ,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan .
Berdamailah cara Melayu ,
Silaturahim yang murni ,
Di mulut sama di hati ,
Maaf sentiasa bersahut ,
Tangan di hulur bersambut ,
Luka pun tidak lagi berparut .

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi ,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan ,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian ,
Sifat terpuji setiap insan ,
Bermuafakat supaya berkat ,
Bersaudara dunia akhirat ,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah .

MELAYU JOHOR 
1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara

and now , zhira bangga jadi anak jati Johor . selamanya Johor akan tersemat di hati zhira . LUASKAN KUASAMU JOHOR . hehe . so , sampai sini je lah dulu . next time zhira nak cerita pasal asal-usul Johor pulak laa . see you next time :)

Saturday 12 October 2013

Sahabat Sejati ?

Apakah itu SAHABAT SEJATI ?

Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya . (H.R. Al-Hakim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya , kamu teringat akan Allah , terdengar kata-katanya menambahkan ilmu agama , melihat gerak-gerinya teringat mati ."

nak pilih kawan ni , banyak faktor yang kita kena pentingkan . dalam Islam sendiri , Allah pun mementingkan kita mencari seorang kawan yang baik . hubungan persahabatan ni , satu hubungan yang mulia . sebabnya ? kawan atau sahabat ni memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang individu . ada kawan yang sanggup bersusah dan kongsi duka dengan kita , ada juga kawan yang hanya nampak muka semasa senang dan hanya sanggup kongsi gembira saja .


ciri-ciri seorang SAHABAT SEJATI ? apa agaknya ea ? hmmm . masih ade lagi tak sahabat sejati kat dunia ni ?


zhira pernah terbaca , seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya , "wahai anakku , sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan sesorang , maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. jika engkau berbakti kepadanya , dia akan melindungi kamu
  2. jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , dia akan membalas balik persahabatan kamu
  3. jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya , dia akan membantu kamu
  4. jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya , dia akan menerimanya dengan baik
  5. jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  6. jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu , dia akan menutupnya
  7. jika engkau meminta bantuan daripadanya , dia akan mengusahakannya
  8. jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) , dia akan bertanyakan kesusahan kamu
  9. jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu , dia akan meringankan kesusahan kamu
  10. jika engkau berkata kepadanya , nescaya dia akan membenarkan kamu
  11. jika engkau merancangkan sesuatu , nescaya dia akan membantu kamu
  12. jika kamu berdua berselisih faham , nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  13. dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  14. dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
ouhh ya . sebelum zhira terlupa . HATI-HATI atau TINGGALKAN atau ELAKKAN sahabat yang seperti:
  1. sahabat yang tamak - dia sangat tamak . dia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak . dia hanya mementingkan diri sendiri
  2. sahabat yang hipokrit - dia hanya bersahabat untuk masa lepas dan masa akan datang . dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong . dan dia hanya akan membantu jika ada kesempatan
  3. sahabat yang pengampu - dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah. yang teruknya , dihadapan kamu , dia memujimu tetapi di belakang kamu , dia merendahkan kamu
  4. sahabat yang sukakan hiburan - dia menjadi kawan kamu sekiranya kamu sukakan parti dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya . dan juga suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan
dalam urusan pilih kawan ni , pastikan buat pilihan yang tepat . sedangkan nak pergi mengundi pun kena pilih pemimpin yang tepat . haha . by the way , zhira sayang Sahabat Sejati zhira . insyaAllah , mereka selamanya akan menjadi sahabat sejati zhira .

:: suka baca , tak suka diam :)